Nuffnang

Jom Jadi Followers! ^^

Order Form ^^

Name
Email Address
Contact Number
Shipping Method COD - Nearest LRT (Only on SATURDAY) *Subject to our availability*
POS BIASA [FREE for Semenanjung Malaysia]
POS BIASA ke SABAH/SARAWAK [+ RM 8]
POSLAJU [+ RM 4]
Address
Quantity/ies (1 set=3 boxes)
Payment Method (account number will be provided later) CIMB
Maybank2u
Remarks

Click here to put a form like this on your site.

Monday, December 12, 2011

Out of Stock!

Assalamualaikum semua

Untuk perhatian, stok2 ccpp telah sold out dan insyaAllah kami akan kembali dgn stok2 ccpp yg baru tahun depan. Thanks for your support!

Friday, October 28, 2011

Yes people, It's Original!

Salam semua,

Sekarang ni ramai betul yg bertanya eh, kenapa jual ccpp ni dgn harga murah ya? Original ke produk ni? Ke tiruan je? Sekarang kan byk barang2 tiruan.
Bukan sekarang je, daripada dulu lagi banyak dijual barang2 tiruan kan? :)
Jadi saya rasa, mmg perlu untuk saya buat post kali ni untuk clear things up dan harap lepas ni takde lagi yang risau,susah hati atau takut produk ccpp yg saya jual ni tiruan ;)

Ehem..

Saya adalah authorized reseller kepada produk CCPP ni. Saya beli sendiri daripada Pn. Nora dan staff beliau yang hantar specifically ke rumah saya (Sila lihat dan baca post lepas ya).
Saya ada buat post masa staff2 CCPP hantar kotak2 CCPP ni ke kawasan rumah saya. Jadi kalau agak2 ragu2 tu, jangan segan silu untuk buat research dulu, baca keseluruhan blog untuk kepastian ya.

Okay..

Sekarang persoalan kenapa saya jual lebih murah dari harga pasaran?
Harga pasaran tu dah mark up untuk cover sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya. Pasti mereka pun nak untung kan? Jadi kalau jual harga rendah nanti untung pun tak dapat. Macam saya pula, saya jual harga lebih murah dari pasaran sbb saya jual secara online terus ke rumah anda. 
Saya hanya perlu check email, ready stock, pg post atau jumpa customers (COD). Saya uruskan sendiri jadi tak ada kos tambahan seperti sewa kedai. Kalau ada pun, kos internet,transportation dan sebahagian kos pos yg ditanggung oleh saya. :D

Ha, jelas tak? Jadi lepas ni harap tak ada lagilah yang risau kalau beli dgn saya. Pasti original tau! Tak percaya lagi? Ha Alhamdulillah ramai dah customers baru dan customers lama yang repeat order. Tak percaya lagi? Tak dapek la nak nolong! Hehe..^^

Terima kasih semua~

Saturday, September 3, 2011

CCPPONLINE2U KEMBALI BEROPERASI~

Assalamualaikum semua!


Merdeka Raya sudah pun berlalu, Isnin ni kembali kepada rutin harian. Penat tapi best kan raya! Stock CCPP masih ada lagi? :)


Quick update dari CCPPONLINE2U, kami beroperasi seperti biasa! Waktu penghantaran pos adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dan COD pada hari sabtu. Hanya email untuk maklumat lanjut atau isi form di atas. Terima kasih dan selamat hari raya maaf zahir batin semua ^^

Sunday, August 21, 2011

NO POSTAL SERVICE TIL AFTER RAYA

Assalamualaikum,

Saya baru dapat maklumat dari POS MALAYSIA yang poslaju service akan stop beroperasi mulai hari isnin (22/08/11) sehingga selepas raya.

Jadi saya minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak hantar guna poslaju sepanjang 2 minggu ni ya, dan kalau pos biasa pulak saya rasa lepas raya baru sampai, saya tak nak customers tertunggu2 barang tak sampai2 kan...

And because of that reason, 2 minggu ni saya stop dulu penjualan CCPP, dan http://ccpponline2u.blogspot.com akan beroperasi semula pada hari Isnin 5 Sept 2011.


Harap maaf di atas segala kesulitan dan tq for your understanding.

Dengan ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua customers ccpponline2u!! :)

Jumpa lagi selepas raya ya!

Friday, July 29, 2011

PERHATIAN! MAKLUMAT PENTING SEPANJANG RAMADHAN

Salam semua!

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, jadual penghantaran melalui pos akan berubah kerana:

1) Pos ofis dibuka hanya sehingga 5PM sahaja sepanjang Ramadhan.
2) Disebabkan jadual yang padat, saya hanya dapat menghantar barang2 ke post office AFTER office hour which is around 8-9PM weekdays.

Jadi, dengan berat hati diumumkan, jadual penghantaran terpaksa dibuat pada hari SABTU kedua,ketiga dan keempat sahaja (POS OFIS TUTUP PADA SABTU PERTAMA).

Penghantaran melalui COD berjalan seperti biasa pada SETIAP SABTU *unless stated otherwise*

Jika ada apa2 order pada weekdays saya terpaksa injakkan ke hari SABTU kedua, ketiga dan keempat.

Harap Maklum dan terima kasih atas kerjasama anda. :)

Selamat berpuasa ^^

Wednesday, July 6, 2011

Penghantaran Melalui Pos

Salam semua,


Harini saya nak update berkenaan dengan penghantaran melalui POS Malaysia. Lately, saya tengok, ramai yang complaint barang lambat sampai eventhough opt for poslaju. Okay, this is how things work:
Saya terima order-customer proceed with payment-confirm dan hantar melalui pos sehari selepas confirmation.

Okay, pos biasa selalunya memakan masa antara 3-5 hari ke Semenanjung dan 5-7 hari ke Sabah/Sarawak. Poslaju pulak 1-2 hari ke Semenanjung 3-5 hari ke Sabah/Sarawak. Jelas bukan? Setiap kali saya hantar melalui pos, saya ada sediakan tracking number, tak kira lah Pos biasa atau Poslaju.

Selepas saya hantar ccpp, Customers boleh check tracking number tersebut dalam masa satu hari di website pos: CHECK TRACKING NUMBER DI SINI
Alternatif, customers boleh call Pos Malaysia di:

Contact our Customer Service at
1-300-300-300 (local) or 603-2727 9100
Operating Hours: 8.30am to 9.30pm Monday - Saturday
( except 1st Saturday of the month and Public Holidays ).

Baiklah, ada yang merungut, "kenapa barang tak sampai2 lagi ni, kata pos hari Jumaat etc2", Jawapannya: Saya pun tak pasti kenapa, saya sudah sediakan tracking number untuk customers check di website atau boleh call sendiri customer service dan tanya apakah masalah yang menyebabkan kelewatan tersebut. Yang saya tahu, itu adalah di luar bidang kuasa saya dan di luar kawalan saya.

Fakta tentang Pos:
Operating Hours: 8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
( except 1st Saturday of the month and Public Holiday )
Jadi, saya minta maaf banyak2 atas kelewatan Pos Malaysia menghantar CCPP. Pos Malaysia kena lebih berdedikasi dalam hal ni sebab customers unhappy, saya pun lagilah unhappy. alahai pos....

Friday, July 1, 2011

Order Form CCPP

Salam semua,
Seperti yang sedia maklum, minggu ni (1-3 July 2011) COD dan penghantaran melalui Pos ditunda sehingga minggu depan. Jadi pada sesiapa yang nak order tu, masih boleh lagi, saya check email/sms tetapi penghantaran hanya berjalan pada minggu hadapan ya. :)

Ramai juga yang bertanya, macamana nak order ccpp ni? Seperti yang telah dinyatakan di post-post yang lepas, anda boleh order ccpp melalui 3 cara:
1) Email saya di farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com

2) Isi borang seperti di atas, kalau yang tau tu, saya letak order form ni kat bawah sekali, tapi rasanya ramai tak nampak kot... Jadi saya letak kat atas ni. Pada sesiapa nak order, boleh lah isi form ni. Jangan risau, sampai ke email saya jugak nanti dan saya akan reply secepat mungkin.

3) Pada yang nak repeat order, yang tau nombor telefon saya boleh lah sms atau pun 'whatsapp' untuk pengguna iPhone, Blackberry, Android dan smartphones yang lain untuk repeat order. Sila maklumkan nama/alamat anda seperti biasa ya. :)




Okay, selamat berhujung minggu!

Friday, February 25, 2011

Scammer alert for blogshop owners!

Assalamualaikum semua.



Post kali ni adalah untuk memberi peringatan/warning alert kepada semua blogshop owners kat Malaysia. Sekarang ni banyak betul scammers yang macam ulat merayap ke blog2 dan menipu sana sini. Saya pun tak lepas dari terkena tempias penipu/scammer ni.. Kali ni, scammer dah pakai nama "Tuan Haji" plak.

Minggu lepas 14/02/11, saya dapat email daripada Tuan Haji Kamarulzaman yang kononnya ingin membeli 50 kotak CCPP untuk dihantar ke Kuching Sarawak. Mula-mula rasa Alhamdulillah sebab rezeki Tuhan nak bagi. Tapi saya rasa ragu2. Jadi saya search di Internet (Google nama dan Facebook melalui Email yang disertakan). Lepas  cari punya cari, dah sah lah si 'haji' ni penipu besar yang menipu blogshop owners. Ramai kot dah terkena.

Kat sini saya sertakan kandungan email si penipu:


Tempahan untuk rakaniaga produk Cocoa Collagen Power Plus
From:
Kamarulzaman Idris <i.kamarulzaman@yahoo.com> 
View Contact
To:farhana.othman88@yahoo.com
Cc:borneogrp@yahoo.com


Salam,saya haji kamarulzaman drp kuching, sarawak mewakili untie saya daripada Brunei berminat untuk menjadi rakaniaga untuk produk yang diiklankan dalam blog puan bagi pasaran kami di Sarawak dan juga Brunei.

Saya cuba untuk mendapatkan talian hp puan untuk bertanya harga tetapi tiada terdapat didalam blog tersebut.Berapakah harga yang diberikan jika kita mengambil dalam jumlah kuantiti 50 kotak?

Sila berhubung dengan saya terus di talian 0128474333/0198664333 atau emailkan senarai harga tersebut ke email saya atau faxkan ke 082311216 untuk tindakan lanjut.Walau bagaimana saya berharap puan dapat sertakan no talian talipon anda kerna berniaga perlukan perbincangan untuk mendapatkan maklumat mengenai produk.

Tqvm, regards


(Haji Kamarulzaman Haji Idris)
Kuching, Sarawak

Selepas itu saya reply email tersebut dengan meminta si penipu sertakan alamat ke mana penghantaran dibuat, sertakan no tel dan dia reply:

Salam Puan Farhana,

Untuk makluman puan penghantaran produk hendaklah dihantar ke Kuching, Sarawak dan kos penghantaran tersebut akan saya maklumkan kepada untie saya daripada brunei.Sila smskan kepada saya jumlah dan ac no puan untuk tindakan selanjutnya.Saya akan maklumkan kepada puan sekiranya wang tersebut telah dimasukkan.

Jumlah kuantiti adalah 50 kotak sahaja.Disini saya sertakan sekali alamat penghantaran produk untuk tindakan  puan selanjutnya.Terimakasih diatas peluang perniagaan ini dan saya bagi pihak untie saya drp Brunei terlalu amat menghargai.

Borneo Group Companies
No.33, Lot 21.1 Floor
City Bridge Commercial Centre,
Jalan Pending 93300, Kuching,
Sarawak.

Tqvm,regards

Your Faithfully,


(HAJI KAMARULZAMAN HJ IDRIS)
Kuching, Sarawak

Saya masa tu dah search di google dan dapat tau dia ni penipu daripada blog Harry  (terima kasih banyak2) jadi saya reply balik kat penipu ni sbb dia dah dok call2 berkali2 time weekdays:


You are required to send in the official letter with letterhead of your company. 

I'm in a meeting right now and this matter will be looked upon seriously. I need everything to be formal and official. 

Kindly provide the company's stamp and licenses, your picture and company logo for my references.

Thank you.


Lepas tu dia call lagi dan lagi sampai saya message suh dia buat apa saya suruh kat email atau saya report polis. Sampai sekarang dia tak reply email dan tak call dah. Dia punya email: 
email tu kalau tengok kat facebook nama yang keluar sangat lah lain ok?http://www.facebook.com/Peguamcara
tu facebook dia bila saya cari. tetibe jadi lawyer plak. tak faham2. lawyer pembelit yer? 

Saya tak tau apa nasib saya kalau saya tak buat research dulu sebelum agree dgn penipuan ni. Dalam blog Harry tu ada he stated apa yang jadi kat beliau. 

Jadi sahabat2 yang ada blogshops, sila jangan terpedaya dgn penipuan tuan Haji ni ye. sila sebarkan kepada orang ramai supaya kita tak lagi ditipu dgn benda2 mcmni. 

Terima kasih semua. :)

Sunday, February 13, 2011

Order CCPP February 2011

Assalamualaikum semua..^^


Dah masuk bulan kedua saya menjual Cocoa Collagen Power Plus ni dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ramai telah mencuba sendiri produk CCPP dan mengakui khasiat2nya. Tak kira lah yang dah berkahwin atau belum khasiatnya berbeza2 pada setiap individu. 


Ada juga yang repeat order pada saya, terima kasih banyak2 ya. Ha, bulan February pon dah masuk pertengahan, Tahun Baru Cina baru jer habis, macamana dengan tugas masing2? Dah masuk kerja balik mesti ada yang rasa boringnya!letihnya kerja!hehe... Apa kata cuba produk Cocoa Collagen Power Plus ni? InsyaAllah boleh membantu hilangkan rasa letih dan stress kerja.


Pada yang masih lagi ragu-ragu khasiat Cocoa Collagen Power Plus nie, apa kata cuba satu set dulu? Hanya RM52 dan percuma penghantaran ke Semenanjung! Bagi Sabah/Sarawak pulak cuma tambah RM8 untuk khidmat penghantaran.Harga sama jer..RM52 jugak.^^ 


Pada yang telah mencuba tu, macam mana? ada rasa perubahan? Jom lah cerita kat saya! Lagi banyak testimoni lagi bagus~ Tak ada lah orang ragu-ragu tentang khasiat CCPP ni kan? 


Okay pada yang nak cuba boleh isi form kat bawah tu atau directly email kat saya di: farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com


Kalau nak COD pun leh jugak tapi sekitar Wangsa Maju atau station LRT terdekat. Khidmat COD pulak hanya pada Sabtu dan Ahad sahaja. Apa-apa pun email saya untuk set masa dan tarikh. Saya akan bagi nombor telefon selepas kita agree with the deal. 


Terima Kasih semua!

Thursday, January 20, 2011

Update harini - hantar Cocoa Collagen Power Plus kepada customer di Ampang

Assalamualaikum semua


Selamat hari Thaipusam..wah jalan jem for sure lah kan..tapi takpe, saya naik lrt je hantar produk Cocoa Collagen Power Plus kat sorang customer di Ampang jadi tak rasa jem lah kan ;)


10am tadi saya dah bertolak dari Wangsa Maju Putra LRT pegi LRT Star Ampang. Janji dgn customer 11.30am tapi lambat jugak disebabkan LRT rosak..aduhai sabar jer lah mcmni.. 


Tapi takpe! saya sampai jugak ke destinasi dituju dan customer dah tunggu untuk dapatkan 2 set Cocoa Collagen Power Plus ni.. Katanya dia dah ambil setahun dah produk ni.. Kali ni dia amek dengan saya pulak..Alhamdulillah.. Terima kasih kak Leen.. Kalau ada siapa2 nak, boleh rekemen kat saya..hehe.. 


3 kotak = RM52
Ha, untuk customer, saya berpusing satu KL semata2 nak pegi Ampang sebab kena tukar train kat Masjid Jamek..Haha takper lah, nak berniaga, we have to reach for the stars kan..Jauh kan stars tu nak gapai..mcm jauhnye LRT star...



Ni saya letak sekali sms testimoni dari kak Leen. 

Testimoni:
Kak Leen: Dah minum ccpp sejak tahun lepas, bangun pagi takde lah liat macam dulu dan sepanjang hari badan segar je dan kak leen ambik ccpp sebab sebelum ni period tak teratur, tapi bila amik ccpp period ok.Kulit terasa lembut je ;-)



Pada sesiapa nak order either COD atau pos biasa (free di Semenanjung, RM8 di Sabah/Sarawak) atau pos laju(harga berbeza) sila isi form kat bawah ni ye..tak pun email saya di farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com


Terima kasih semua... :)

Sunday, January 16, 2011

Penghantaran Percuma Cocoa Collagen Power Plus

Assalamualaikum :)


Hari ni hujan turun kat KL. Rasa mcm taknak bangkit dari katil.hehe tapi lepas bangun sebelum sarapan minum produk Cocoa Collagen Power Plus ni rasa bertenaga jadi lepas sarapan siap2 teruskan tugas di hujung minggu - COD atau Cash on Delivery.


Ha semalam hantar COD dekat Keramat. Hari ni sorang customer nak COD dekat Carrefour Wangsa Maju pulak. Alhamdulillah rezeki... Terima kasih ye :)


ni satu box. 1 set dapat 3 boxes = RM52. *abaikan spiderman tu*hehe
Ok bagi bakal2 customers yg nak COD pun boleh je, bgtau dulu kat mana kalau boleh sampai tu insyaAllah. hehe.. ha Penghantaran percuma ye untuk orang2 Semenanjung sama ada guna pos atau pun COD. Harga adalah RM52 sahaje. ^^


Untuk orang2 Sabah/Sarawak penghantaran adalah RM8 sahaja. Jadi RM60 untuk satu set. Masih murah dari harga pasaran RM69.90 tu kan? Email saja di farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com 
Nak guna borang kat bawah ni pun dialu2kan dan dijamin selamat insyaAllah terus sampai ke inbox saya.


Untuk orang luar dari Malaysia macam Singapore atau Brunei tu boleh lah Email saya juga. Caj penghantaran berbeza mengikut berat dan kuantiti produk.


Cocoa Collagen Power Plus ni memang dah terbukti berkesan oleh orang ramai. Kalau berminat boleh order. Sebarang pertanyaan juga boleh email atau chatting online di Yahoo Messenger atau kalau saya tak online tu letak aje kat Enquiry Box yang disediakan.
Mudah dan senang kan? 


Terima kasih semua. :)

Tuesday, January 11, 2011

COD Cocoa Collagen Power Plus

Salam semua!

Semalam 10/01/11, sempatlah saya hanta satu set Cocoa Collagen Power Plus ni kat sorang customer. Alhamdulillah, rezeki... :)

COD pun dekat aje dengan area rumah, alang2 dah hantar tu sempatlah bergambar sekejap...hehe..ha ni lah dia gambanye.. Terima kasih ye art :)
Pada sesiapa yang nak produk CCPP ni dan nak COD bolehlah email di : farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com. InsyaAllah kalau dekat area Wangsa Maju atau sekitarnya boleh diuruskan...


Ramai dah dapat khasiat produk Cocoa Collagen Power Plus ni dan mengakui keberkesanannya. Apa2 pun, semua tu dengan izinNya ok? Kita boleh berusahakan? Produk ni dapat membantu wanita di luar sana dari segi kesihatan luaran dan dalaman. Apa tunggu lagi, mari dapatkan produk Cocoa Collagen Power Plus dengan harga jauh lebih MURAH dari harga pasaran.


Kalau anda wanita2 di luar sana yang berminat nak cuba, boleh email ke farhana.othman88@gmail.com atau farhana.othman88@yahoo.com

Harga adalah RM52 dan percuma postage bagi Semenanjung Malaysia dan plus RM8 bagi Sabah/Sarawak. Bagi luar Malaysia harga postage mengikut berat. 

Sesiapa yang nak, saya boleh hantar guna POS LAJU tapi postage nya berbeza mengikut tempat dan berat barang.

Terima Kasih semua.

Saturday, January 8, 2011

Sedikit testimoni dari customers Cocoa Collagen Power Plus

Salam dan selamat berhujung minggu pada semua. 

  • Buat ape yer weekend ni?bawak anak jalan2 ke, dating2 ke? hehe.. 
  • Siapa2 dah cuba produk Cocoa Collagen ni, dah rasa perubahan? ha kalau dah ada, Alhamdulillah.. 
  • Ha, siapa2 yang belum cuba tu, bila lagi nak merasa? Mari order kat kite nih.. InsyaAllah dengan izinNya dapat lah rasa perubahan luaran dan dalaman. 

Okay, jom tengok testimoni dari para pelanggan Cocoa Collagen Power Plus nak? Ini bukan testimoni cilok kat Internet tau! Jangan main plagiat orang kata.hehe.. Kalau ada lagi komen2/testimoni2 lagi saya letak kat sini k? jom2 tengok.

Testimoni pertama-(married dari Melaka)
Pn. Aini: So far, selain menjadi active luar biasa...yg sis nmpk...kulit pun dh start cm sihat sket..n part suami isteri tu..ngeee... (ngee??haha faham2 sendiri yer!)

Testimoni kedua-(married dari Terengganu)

Pn. Rini: Pas beranak kan longgar segala2,pas minum ccpp ni mmg terasa bezanya.rasa lebih grip.hubby pun tegur tau,dia tanya ada ambik ape2 ke.hehe.sekian,testi ringkas dan padat dari sy.hehe

Testimoni ketiga-(married dari Brunei)
Pn. Pah: Kak Pah cuba pagi tadi. Ok la tastenya macam minum milo je... tengok tunggu dah habis sekotak tengok makin muda atau tidak.. (testimoni tentang rasa air tersebut.yum2!)

Testimoni keempat-(single, dari KL)
Cik Mar: Lepas minum ni memang rasa kesan dia..Period pon jd ok,kulit jd glowing n jerawat pun makin kurang. Yang Mar tengok kesan luaran ni kat breast dgn err.. butt mmg lebih firm la org kate..

Nak rasa apa mereka ni rasa? Order sekarang dan rasa perubahannye pada diri anda.. Harga RM52 FREE DELIVERY untuk Semenanjung Malaysia dan bagi Sabah/Sarawak charge delivery sebanyak RM8 dikenakan. Bagi luar Malaysia, harga masih sama cuma delivery charges berbeza mengikut negara.


Terima kasih semua^^

Thursday, January 6, 2011

Our product is here~

Cocoa Collagen Power Plus 

Our product has arrived today! Ni lah gambar2 pekerja Pn Nora (pengasas Crystal Lyz Resources) mengangkat 20 kotak Cocoa Collagen Power Plus ke rumah. Terima kasih ^^





Ha kalo order lebih 3 set boleh diskaun :D



1 set tu ada 3 kotak = RM52




Pada yang nak order produk ni, boleh terus email isi borang order kat bawah ni dan send. Saya akan confirmkan dan lepas pembayaran dibuat, produk akan dipos.

Harga yang kami tawarkan ialah RM52 bagi seluruh Malaysia dan bagi Sabah/Sarawak, charge penghantaran dikenakan. 

email kepada: farhana.othman88@gmail.com atau   farhana.othman88@yahoo.com

Sunday, January 2, 2011

Pre Order yours now!

Salam semua!

Saya menawarkan Pre Order bagi produk Cocoa Collagen Power Plus. Anda boleh mendapatkan produk Cocoa Collagen Power Plus dengan harga yang rendah! Pre Order sekarang dengan mengisi borang order di bawah atau email saya di - farhana.othman88@yahoo.com atau farhana.othman88@gmail.com.

Harga yang kami tawarkan adalah RM52 bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Bagi Semenanjung M'sia penghantaran adalah percuma dan and juga boleh membuat COD di kawasan Lembah Klang! Bagi Sabah dan Sarawak, charge Pos akan dikenakan sebanyak RM8.


kami tawarkan harga terendah iaitu RM52 = untuk 1 kotak/set yang mengandungi 30 sachets untuk satu bulan. 

Harga yang ditawarkan di pasaran ialah RM59.90 bagi Semenanjung M'sia dan RM69.90 bagi Sabah dan Sarawak.


Pre Order/Pra Order produk Cocoa Collagen Power Plus anda sekarang dan nikmati rahsia kejelitaan semulajadi wanita.

Apa itu Cocoa Collagen Power Plus?

Hi!
Selamat datang ke kedai online CCPP. Di sini saya menawarkan produk Cocoa Collagen Power Plus yang terbukti berkesan untuk mecantikkan dan mengekalkan kejelitaan wanita luar dan dalam.. :) Jangan malu jangan segan jika ada sebarang pertanyaan. Juga, jika anda berminat, bolehlah isi order form kat sini untuk order yer.. Dont worry, harga yang saya tawarkan di sini lebih murah berbanding retail price. Jemput2..Terima Kasih!^^

Ok, since this is my first post, ape kata saya cerita tentang Cocoa Collagen Power Plus? Anda boleh tau sendiri kebaikan produk ini selepas habis membaca post ini okeh? =)


1) Apa itu Cocoa Collagen Power Plus?
= Cocoa Collagen Power Plus ni adalah minuman kesihatan bagi wanita; wanita je tau!hehe.. Ianya adalah minuman yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia mengandungi Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan jugak Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang menjadi tradisi kesihatan turun temurun wanita. Pendek kata, Cocoa Collagen Power Plus ni memang bestlah! Cubalah sendiri! Produk ini juga Halal dan selamat diminum. Nanti saya lampirkan sekali sijil Halal serta sijil dari Kementerian Kesihatan ye!


2) Apakah peringkat umur yang sesuai untuk mengambil minuman Cocoa Collagen Power Plus?
= Cocoa Collagen Power Plus boleh diminum oleh wanita berusia 20 tahun ke atas samada single atau pun yang sudah berkahwin.

3) Adakah minuman ini sesuai diminum oleh ibu mengandung?
= Tidak. Cocoa Collagen Power Plus TIDAK boleh diminum oleh ibu mengandung, tetapi digalakkan untuk mengambil minuman ini selepas bersalin kerana ianya dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat serta menambah susu badan untuk memudahkan proses breast feeding.

4) Apakah kandungan Cocoa Collagen Power Plus?
a) Marine Collagen ---> Membantu mencantikkan, menghalus serta menggebukan kulit. Ianya juga penting untuk kesihatan rambut, tulang serta sendi.

b) Kacip Fatimah (Labisa Pumila) ---> Membantu menstabilkan kitaran haid (punca ketidakstabilan seperti stress), menghindari senggugut semasa haid. Ia membantu mengimbangi, membina dan merapatkan otot-otot rahim serta faraj wanita, menghangatkan hubungan suami isteri serta menganjalkan otot perut.

c) Ekstrak Lobata ---> Ianya berfungsi untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Ketidakstabilan hormon adalah punca menopous dan pada ketika ini ramai wanita mengalami proses menopous seawal usia 30an. Jadi, Ekstrak Lobata membantu mengekalkan dan memperbaiki hormon agar sentiasa stabil. Ianya akan meningkatkan kadar hormon pada payudara serta punggung (memantapkan dan memontokkan).

d) Krimer Bukan Tenusu ---> Krimer ini mengandungi paras lemak yang rendah, jadi ianya sesuai untuk kesihatan anda. ^^

e) Dextrose Mono-Hydrate ---> Ianya adalah sumber tenaga digunakan di dalam tubuh dan ia dapat menyalurkan tenaga yang ditukarkan kepada karbohidrat yang merupakan sumber tenaga terpenting tubuh manusia. Anda akan kekal bertenaga selepas mengamalkan Cocoa Collagen Power Plus.

f) Oligo Saccharide (sometimes called Prebiotics)---> Ianya boleh membantu dalam kesihatan usus, membantu proses pencernaan dan nyahtoksin di tubuh.


5) Apakah kebaikan dan khasiat Cocoa Collagen Power Plus?
  • Membantu mengimbangi hormon
  • Meransang pertumbuhan sel baru kulit
  • Mencantik, menghalus serta menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan struktur payudara dan punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memberi tenaga
  • Merapatkan faraj, menguatkan otot rahim dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
6) Bagaimana cara pengambilan produk Cocoa Collagen Power Plus?
Step 1
Bancuh dengan air panas atau suam supaya larut

Step 2
Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam

Step 3
Seeloknya makan malam/dinner pada jam 6.30 petang.

Step 4
Boleh diminum 2 kali sehari.

Ulang steps ini setiap hari ye.. :)

Jadi bagaimana dengan penerangan saya? Cukup jelas tak? di harap dengan penjelasan saya ni dapat membantu anda ye. Jika anda mahu order CCPP, sila lah isi Order form ye. :)

7) Adakah Pesakit Diabetes boleh minum Cocoa Collagen power Plus?
BOLEH, kerana kandungan produk COCOA COLLAGEN POWER PLUS  ialah gula merah. Jika pesakit Diabetes berasa ragu-ragu, boleh lah cuba minum setengah sachet dahulu untuk 3 hari pertama. Selepas itu boleh check kandungan gula dalam badan. Jika tiada masalah, boleh teruskan minum 1 sachet untuk hari berikutnya.

Saiz / Kuantiti 
30 sachet (stok 1 bulan)
(25g x 10 sachet x 3 kotak)


Harga Pasaran
Semenanjung M'sia :
 RM59.90
Sabah / Sarawak :
 RM69.90

Harga Kami
Semenanjung M'sia : RM52.00 (Penghantara percuma dan boleh COD area Lembah Klang (Shopping Mall best gak, boleh COD sambil shopping.hehe)
Sabah / Sarawak : RM52.00 + RM8 delivery charge 
Murah tak? ^^ 
Terima kasih sudi baca dan singgah.
*psst- If you need any help in translating this post from Malay to English, do not hesitate to ask and I will gladly assist you* :)

Nuffnang