Post kali ni adalah untuk memberi peringatan/warning alert kepada semua blogshop owners kat Malaysia. Sekarang ni banyak betul scammers yang macam ulat merayap ke blog2 dan menipu sana sini. Saya pun tak lepas dari terkena tempias penipu/scammer ni.. Kali ni, scammer dah pakai nama "Tuan Haji" plak.
Minggu lepas 14/02/11, saya dapat email daripada Tuan Haji Kamarulzaman yang kononnya ingin membeli 50 kotak CCPP untuk dihantar ke Kuching Sarawak. Mula-mula rasa Alhamdulillah sebab rezeki Tuhan nak bagi. Tapi saya rasa ragu2. Jadi saya search di Internet (Google nama dan Facebook melalui Email yang disertakan). Lepas cari punya cari, dah sah lah si 'haji' ni penipu besar yang menipu blogshop owners. Ramai kot dah terkena.
Kat sini saya sertakan kandungan email si penipu:
Salam,saya haji kamarulzaman drp kuching, sarawak mewakili untie saya daripada Brunei berminat untuk menjadi rakaniaga untuk produk yang diiklankan dalam blog puan bagi pasaran kami di Sarawak dan juga Brunei. Saya cuba untuk mendapatkan talian hp puan untuk bertanya harga tetapi tiada terdapat didalam blog tersebut.Berapakah harga yang diberikan jika kita mengambil dalam jumlah kuantiti 50 kotak? Sila berhubung dengan saya terus di talian 0128474333/0198664333 atau emailkan senarai harga tersebut ke email saya atau faxkan ke 082311216 untuk tindakan lanjut.Walau bagaimana saya berharap puan dapat sertakan no talian talipon anda kerna berniaga perlukan perbincangan untuk mendapatkan maklumat mengenai produk. Tqvm, regards (Haji Kamarulzaman Haji Idris) Kuching, Sarawak Selepas itu saya reply email tersebut dengan meminta si penipu sertakan alamat ke mana penghantaran dibuat, sertakan no tel dan dia reply:
Saya masa tu dah search di google dan dapat tau dia ni penipu daripada blog Harry (terima kasih banyak2) jadi saya reply balik kat penipu ni sbb dia dah dok call2 berkali2 time weekdays: You are required to send in the official letter with letterhead of your company. I'm in a meeting right now and this matter will be looked upon seriously. I need everything to be formal and official. Kindly provide the company's stamp and licenses, your picture and company logo for my references. Thank you. Lepas tu dia call lagi dan lagi sampai saya message suh dia buat apa saya suruh kat email atau saya report polis. Sampai sekarang dia tak reply email dan tak call dah. Dia punya email: email tu kalau tengok kat facebook nama yang keluar sangat lah lain ok?http://www.facebook.com/Peguamcara tu facebook dia bila saya cari. tetibe jadi lawyer plak. tak faham2. lawyer pembelit yer? Saya tak tau apa nasib saya kalau saya tak buat research dulu sebelum agree dgn penipuan ni. Dalam blog Harry tu ada he stated apa yang jadi kat beliau. Jadi sahabat2 yang ada blogshops, sila jangan terpedaya dgn penipuan tuan Haji ni ye. sila sebarkan kepada orang ramai supaya kita tak lagi ditipu dgn benda2 mcmni. Terima kasih semua. :) |
ade jugak yang buat kerje x berfaedah camni yer...ish3...thanks for sharing....^_^
ReplyDeletethanks for sharing.cuma tak paham...apa motif dia?
ReplyDeleteHANDBAG ONLINE
Salam pn nazlin,
ReplyDeleteIt's my pleasure to be able to at least share this to blogshop owners..:)
Motifnye nak scam duit peniaga2 online mcm kita ni..dgn cara kononnya nak beli produk kita lepas tu dia akan buat2 konon tersilap transaksi dan mintak kita dulukan duit. Pn boleh tgk kat blog harry kalau nak tau lebih lanjut..